"Targeting 1,000 participants for YPAC 2020".

TRACY menunjukkan risalah berkaitan penganjuran YPAC 2020 Februari ini.

BUAT julung kalinya, Malaysia bakal menganjurkan Kejohanan Seni Persembahan Belia Asia Pasifik (YPAC) 2020 pertama di dunia pada 13 hingga 18 Februari ini.

Pertandingan berskala besar yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur turut mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Setiausaha Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia (PKKM), Tracy Goo berkata, inisiatif berkenaan usahasama pihaknya dan Blue Sky Dance Theatre bagi meraikan perbezaan kesenian dan budaya pelbagai negara selain mengiktiraf bakat anak tempatan di persada antarabangsa.

Katanya, setakat ini lebih 500 penyertaan diterima membabitkan peserta dari tuan rumah sendiri, China, Singapura, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Australia, Kemboja, Filipina dan Jepun manakala Kanada, Amerika Syarikat, Korea, India dan Indonesia masih belum mengesahkan kehadiran.

“Lima kategori dipertandingkan termasuk tarian tradisional, kontemporari, balet, tarian moden (Hip Hop, Jazz, K-Pop dan Latin).

“Kita ada juga penyertaan kategori instrumen muzik (tradisional dan barat).

“Setiap peserta akan menerima pingat dan sijil serta pemenang utama Anugerah Platinum berpeluang merebut hadiah tajaan AS$3,000 (RM12,187) bagi menjalani latihan tarian dan muzik di luar negara,” katanya.

Tracy berkata, penilaian akan dilakukan juri bertauliah serta pakar dalam industri dari pelbagai negara.

Katanya, mereka masih mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia serta tajaan dari badan korporat.

“Penyertaan terbuka kepada mereka yang berusia lima hingga 60 tahun dengan sasaran 1,000 penyertaan.

“Berita baik juga buat masyarakat Melayu yang berminat menyertainya, pihak PKKM ada menawarkan rebat RM250 daripada RM550 yuran keseluruhan penyertaan.

“Setiap peserta layak menyertai 10 kali bengkel bersama jurulatih bertauliah dari seluruh dunia. Ini secara tak langsung membuka peluang bakat anak tempatan dikembangkan ke luar negara,” katanya.

Disiarkan pada: Januari 17, 2020 @ 7:28pm

For the first time ever, Malaysia will host the world’s inaugural Asia Pacific Youth Performing Arts Championship (YPAC) 2020 from February 13 to 18.

This large-scale competition, which will be held at the Mega Star Arena in Kuala Lumpur, is supported by the Ministry of Education and the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia.

Tracy Goo, Secretary of the Malaysian Association of Culture and Arts (PKKM), said that the initiative is a collaboration between her organization and Blue Sky Dance Theatre to celebrate the diversity of arts and cultures from various countries, as well as to recognize the talents of local youth on the international stage.

She mentioned that, as of now, more than 500 entries have been received from participants representing Malaysia, China, Singapore, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Australia, Cambodia, the Philippines, and Japan, while Canada, the United States, Korea, India, and Indonesia have yet to confirm their participation.

Five categories are being contested, including traditional dance, contemporary dance, ballet, and modern dance such as Hip Hop, Jazz, K-Pop, and Latin. There is also participation in the musical instrument category, both traditional and Western.

Each participant will receive a medal and certificate, while the main Platinum Award winner will have the opportunity to win a sponsored prize of USD 3,000 (RM12,187) to undergo dance and music training abroad.

Tracy said that judging will be conducted by certified juries and industry experts from various countries. She added that Malaysians are still welcome to participate, and the organizers are open to corporate sponsorships.

Participation is open to individuals aged five to sixty years old, with a target of 1,000 participants.

Good news also for members of the Malay community who are interested: PKKM is offering a RM250 rebate from the total participation fee of RM550.

Each participant is eligible to attend ten workshops conducted by certified coaches from around the world. This, indirectly, opens opportunities for local talents to develop and be recognized internationally.

Published on: January 17, 2020 @ 7:28 PM

Source by : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536105/sasar-1000-penyertaan-ypac-2020

 

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

News & Update